Restoran Hai Thien
Salah satu restoran yang terkenal di kuala Perlis ialah Hai Thien restoran, restoran ini merupakan restoran makanan laut dan ia adalah berhampiran dengan laut dan pelancong boleh sambil menikmati makanan yang sedap serta menghayati landskap laut yang indah terutamanya pada petang. Hidangan yang terkenal di restoran ini adalah salad deep-fried dough sticks atau salad you tiao.



Capati Labu Sayung
Siapa peminat capati? cubalah capati labu sayung kuala Perlis! Capati ini menjadi pilihan utama anda! tak cuba anda tidak akan tahu keistimewaannya! kedai ini adalah terletak di Bintong, Kangar, Perlis 01000. Capati ini amat istimewa dan terkenal. Kenapa? Hal ini disebabkan oleh capatinya adalah lembut dan kepingan capati adalah nipis dan anda tidak akan rasa ketul-ketul tepungnya semasa menikmati capati ini. Gerai ini adalah dibuka sehingga malam dan nasi lemaknya juga menarik untuk dicuba. Jangan lupa mecuba capati yang enak ini !


Renaz Steamboat dan BBQ
Seterusnya ialah renza steamboat dan bbq. Kedai ini terletak di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis. Ia merupakan kegemaran kepada orang-orang yang suka memakan steamboat dan bbq. Terdapat pilihan yang pelbagai di kedai ini serta rencah yang pelbagai untuk dicuba. sedap! jimat ! berbaloi!


0 comments:
Post a Comment